Catatan Siti Nurhaliza

  1. Kadangkala, namanya dirujuk sebagai CT Nurhaliza oleh media cetak dan elektronik, Siti juga dirujuk sebagai See-T bagi jenama pakaian dan CTea bagi jenama minuman teh. Beliau juga dikenali dengan panggilan Kak Siti di kalangan peminat ciliknya.
  2. Menurut laporan media, Siti Nurhaliza ialah anak kelima daripada lapan beradik, kelahiran beliau menjadikan kesemua anak pasangan Siti Salmah Bachik dan Tarudin Ismail pada ketika itu sejumlah empat orang. Jika tidak Allah menyayangi Saiful Suhairi, anak ketiga pasangan ini, sudah tentu mereka telah mempunyai anak seramai lima orang. Saiful Suhairi yang juga abang ketiga Siti Nurhaliza meninggal dunia ketika usianya 11 bulan, maka, Tarudin dan Siti Salmah mempunyai tujuh anak dan Siti ialah anak keempat.
  3. Di sebalik kejayaan itu, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Siti hampir tercicir daripada terpilih ke peringkat saringan seterusnya peringkat separuh akhir dan juara peringkat akhir. Peluang untuk ke peringkat saringan juga hampir-hampir ditolak kerana Siti tiba lewat di Auditorium P. Ramlee, RTM yang menjadi tempat berlangsungnya pemilihan.
  4. Sewaktu meraih gelaran Bintang HMI, Siti memenangi hadiah wang tunai RM 5,000, sebuah televisyen 24", sijil dan trofi kemenangan. Lebih membanggakan juga ialah pada hari pertandingan diadakan, penyanyi pujaannya, Aishah turut serta sebagai penyanyi jemputan. Namun, di sebalik kejayaan itu, tiada siapa tahu semangat Siti hampir-hampir hilang apabila beberapa jam sebelum pertandingan, dia telah dimaklumkan bahawa pakaian yang dikenakannya tidak sesuai. Siti telah diberitahu yang dia perlu menukar baju itu dengan segera jika dia mahu menyertai pertandingan akhir itu. Mendengar sahaja apa yang diberitahu oleh penerbit, Siti mula gelabah dan menjadi tidak tentu hala. Apatah lagi Kuala Lumpur dan RTM pada waktu itu terlalu asing baginya.
  5. Apabila Siti memilih untuk mengikat kontrak dengan Suria Records, ramai yang beranggapan beliau telah membuat pilihan yang tidak tepat kerana banyak lagi syarikat rakaman besar ingin mengambilnya sebagai artis mereka. Namun Siti mempunyai alasan tersendiri mengenai pilihannya untuk menyertai syarikat itu, antaranya kerana yakin dengan pilihan yang dibuatnya dan percaya lagu-lagu ciptaan Adnan (Abu Hassan) yang dianggap bersesuaian dengan suara dan cara penyampaiannya.

Rujukan

WikiPedia: Siti Nurhaliza http://mediapermata.com.bn/kemenangan-aim-22-penca... http://www.mynewshub.cc/2016/06/22/hari-kemenangan... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/creacion-jen... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/datuk-siti-n... http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2004-05/0... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1279654... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1426675... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1483499... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1505644... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1508861...